jump to navigation

ISLAM DI ASIA BARAT MODEN February 22, 2010

Posted by eaglebook in SEJARAH/HISTORY.
Tags: , , , ,
trackback

Islam Asia Barat

Buku ini membincangkan perkembangan sejarah dan masalah-masalah yang pernah terjadi di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi, Turki, Mesir dan Iran moden. Dalam mengolahkan sejarah di negara-negara itu, fokus kajian adalah kepada isu kebangkitan Islam dan ancaman penjajahan Barat pada zaman moden, bermula dari tahun 1800 hingga sekitar lewat tahun 1970-an, dan bagi kes Turki hinggalah 1980-an. Kajian pemikiran-pemikiran moden, iaitu aliran-aliran falsafah Barat yang mempengaruhi umat Islam juga disentuh. Diharapkan kajian ini dapat membantu rakyat Malaysia dalam memahami sejarah umat Islam zaman moden dan pergolakan-pergolakan yang berlaku akibat daripada campur tangan para penjajah Barat. Melalui pendedahan ini, moga-moga umat Islam akan bersikap lebih peka dan bersiap sedia untuk menghadapi setiap ancaman daripada Barat yang rakus dengan harta dan kuasa.

Penulis: Fadhlullah Jamil
ISBN 983 195 252 9
Tahun: 2007
Hlm: 432
Saiz: 7ā€ X 10ā€
Harga: RM 35.00

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment