jump to navigation

GURU PENDIDIK, PENGAJAR ATAU PENDAKWAH? February 23, 2010

Posted by eaglebook in INSTITUSI PERGURUAN/TEACHER TRAINING.
Tags: , , , , , , ,
2 comments

Guru

Buku ini ditulis untuk mengingatkan kembali tanggungjawab guru-guru sebagai pengajar dan dalam masa yang sama sebagai seorang pendidik dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh pendidik terbaik manusia. Bab pertama dalam buku akan menghuraikan tentang peranan guru terhadap membentuk diri kita. Kemudian bab kedua, akan menjelaskan mengenai pengertian guru serta tugasnya. Manakala bab ketiga menyentuh mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta contoh kejayaan pendidikan di zaman Nabi s.a.w. Bab keempat menyentuh mengenai isu tanggungjawab guru sebagai seorang pendakwah. Bab kelima pula mengenai hubungan ilmu psikologi dalam proses pendidikan dan dakwah. Pada bab yang keenam, ia membincangkan kaedah-kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh warga pendidik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab yang ketujuh, kita akan melihat apakah ciri-ciri guru yang mendapat tempat di hati murid. Dan bab yang kelapan kita akan melihat beberapa contoh cara pendidikan yang nabi laksanakan kepada para sahabat sehingga mereka menjadi generasi yang berjaya. Justeru, buku ini sesuai dibaca untuk semua guru dan mereka yang bakal bergelar GURU.

Penulis: Mohd Azam Mahat
ISBN 978 983 195 466 9
Tahun: 2009
Hlm: 256
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM25.00